Posts

Hukum Nun Mati dan Tanwin

Image
Hukum Nun Mati dan Tanwin Pengertian Nun Sakinah dan Tanwin: Nun Sakinan   النون الساكنة   ialah nun sukun yang tidak berbaris atau lebih dikenali sebagai nun mati. Tanwin   التنوين  ialah baris dua sama ada baris dua di atas ( fathatan ), baris dua dibawah ( kasratan ), atau baris dua di hadapan ( dhommatan ). Terdapat empat hukum bagi Nun Sakinah dan Tanwin apabila bertemu huruf-huruf al-Quran: IZHAR HALQI-   إظهار الحلقي Izhar bererti jelas atau nyata. Halqi pula bererti kerongkong. Dari segi istilah, izhar bermaksud melafazkan nun sakinah dengan jelas tanpa dengung. Terdapat 6 huruf izhar halqi kesemuanya, iaitu:   أ ,   هـ ,   ع ,   ح ,  غ  ,   خ Izhar bermaksud menjelaskan atau menzahirkan, oleh itu hendaklah dizahirkan sebutan nun sakinah dan tanwin tanpa mendengungkannya. Huruf-huruf Izhar Halqi ini terhimpun dalam rangkai kata: Izhar Halqi dapat dikenali dengan ...